Tahun Baru

Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya untukMu ya Allah....
Syukur kerana masih lagi aku dberi peluang untuk bernafas di bumi Mu ini ya Allah...
Masih lagi berkesempatan menambahkan amalan-amalan kebajikan buat bekal di hari
pembalasan nanti...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Aku begitu bersyukur ya Allah...
Walaupn diriku ini penuh dengan selaput-selaput dosa yang mungkin memakan masa untuk
dihakis, namun dengan rahmatmu masih lagi aku diberi peluang...

Alhamdulillah tahun baru 1430 Hijrah telah aku jejaki dan tahun 2009 bakal menyusul lagi 2,3 hari...


EXPANDED

Seingat aku, aku tak pernah menanamkan azam dan perancangan di setiap awal tahun yang sentiasa dilakukan oleh kebanyakan orang...
Aku tak pernah ambil kisah ape yang akan berlaku pada masa depan aku...

Awal tahun ini dunia dikejutkan lagi dengan kekejaman rejim haram zionis...
Aku tak pernah ambil peduli sangat ape yang berlaku kat Palestin sebelum2 ni...
Cuma sejak serangan yang terbaru ni begitu meruntunkan hati aku...
Melihat kepada rakyat Palestin yang sudah ditindas dan makin ditindas begitu menyedihkan...
Melihat kepada saudara seagama dan seakidah aku diperlakukan macam binatang begitu meruntunkan jiwa aku...

Sungguh berat ujian yang ditimpa mereka...
Sedangkan aku masih mampu tidur dengan selesa, makan dengan kenyang dan belajar dengan baik...
Namun tak pernah aku syukuri sebelum ini...
Aku tak mampu nak menolong saudara seagama aku dalam segala segi...
Hatta berdoa pun kadang-kadang aku terlupa nak menyertakan untuk mereka...

Ya Allah ampunkanlah hambamu ini...
Berikanlah kekuatan kepada saudara-saudaraku di bumi Palestin ya Allah...
Berikanlah kekuatan kepadaku untuk terus berjuang di jalanMu ya Allah...
Semoga tahun baru ini membawa kebaikan kepada semua ya Allah...

0 Comments:

Post a Comment



Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds